Isnin, 14 Mei 2012

Mama yg tekad...

Hmm.. konon2 nyer laa kan nak bawak 4 hero jenjalan.. 1st time bawak kete sdr, dgn 4 hero.. pergi ke Giant Nilai..start je kete siap baca doa laa jawabnya.. berdebar2 rasa.. almaklum laa 1st time.. huhuhu..

Dgn yakinnya.. jam 11 pg semalam.. start kete.. drive dgn yakin.. ikut laa semua isyarat jln raya.. sampai laa kat simpang 3 Taman semarak Nilai.. ok lagi.. terus drive..jumpa traffic light yg pertama.. ok.. smooth jer laa perjalanan tu.. tetiba mcm something jer x kena.. tak perasan ada traffic light lg..'Astaghfirullahazim...alhamdulillah, tak ter'eksiden'.. ni laa kalau 'koya' sgt bawak kete.. x perasan ada lampu merah.. sebuah van nak keluar simpang.. sepatutnya aku berhenti dulu.. yg aku pulak.. terus drive sbb x perasankan lampu merah tu.. alhamdulillah sempat elak.. huhuhuh.. tau2 jer laa.. aku bukan bawak laju.. setakat 60 -80km/j jer.. hehehe.. kalau laju.. alamatnya dah berdentum dah tu.. syukur sgt2...

Dgn muka dah pucat... terus jer laa drive sampai ke Giant..

Sampai Giant.. Alhamdulillah.. dipermudahkan tempat Parking.. heheh.. terus laa berjalan2 ngan 4 hero.. kata diorg nak bg mama rehat utk hari mama kononnya.. nak makan kat luar laa.. macam2 laa acara ..

Tp lain jadiknya.. sampai jer.. "Mama.. nak mainan.." waawawawawa.. ni hari mama ker hari sons!!?? lain diorg ckp.. lain diorg buat.. tp apa2 pun.. thanks anak2 mama.. sbb jadik anak2 yg baik..

Selasa, 21 Februari 2012

Harga Segelas Susu...

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek  yg di usahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

" Kakak, boleh berikan saya segelas air?"

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

"Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk poketnya.

" Tak perlu bayar."
"Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."
"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ' Alhamdulillah' dan terima kasih."
"Okey, alhamdulillah. Terima kasih kakak!"

Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepek. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktot masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha nerawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis:

" Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan terima kasih - Dr. Muhammad."



Renungan untuk diri ini yang mudah lupa... ~~

Walaupun kecil bantuan yg dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.



::Petikan Solusi Isu ke-41::



Yang Mana Dulu??

Korang pernah tak melalui saat-saat & kenangan, di mana time dedulu kan kita selalu main teka-teki..

Dan ada soalan yang kadang-kadang senang utk dijawab, dan adanyer perlu menggunakan logik akal.. kadang2 ada yg tak masuk akal.. hehehe

Salah satu soalan, contohnya.. 'Yang mana wujud dahulu, telur atau ayam??'

Pernah kan??

Ada sampai yang bergaduh2 nak menangkan jawapan masing2... dan ada macam2 alasan..antara telur dan ayam... yang mana dahulu wujud..?

Tetapi.. sememangnya dalam realiti dalam kehidupan kita, soal remeh temeh dan yang tak perlu difikirkan..kita ambil berat... sedangkan ada hal yang lebih penting perlu didebatkan..

Apa2 pun.. antara ayam dan telur.. tak perlu gaduh2.. jawapan yang pasti.. semua itu ALLAH S.W.T. yang wujudkan...

So.. kita sebagai makhluk.. yg merupakan ciptaan Allah.s.w.t. yg semestinya muncul kemudian.. ada awal dan akhirnya..

Yang pasti, Allah telah sedia wujud.. tiada permulaan dan tiada pengakhirannya..

^__^


Isnin, 20 Februari 2012

Rombongan Terakhir Masuk Syurga

"Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bahawa ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka dan ahli syurga terakhir masuk ke dalam syurga. Iaitu orang yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman: 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke gerbang syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya berkata:"Wahai Tuhanku,  aku mendapati syurga telah penuh.' 'Pergilah, lalu masuklah ke dalam syurga.' Dia pun sampai ke depan pintu syurga. Dia membayangkan bahawa syurga sudah penuh, maka dia kembali seraya mengatakan:' Wahai Tuhanku, aku mendapati syurga telah penuh.'

Allah berfirman:' Pergilah lalu masuklah syurga kerana kamu memperoleh semisal dunia dan 10 kali ganda - atau kamu mendapat seumpama 10 kali dunia.'

Dia bertanya:' Engkau mengejekku atau mentertawakanku, sedangkan Engkau ialah Raja.'"

Abdullah melanjutkan:' Aku melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga tampak gigi-gigi gerahamnya. Itulah ahli syurga yang paling rendah darjatnya."


~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~